Monday, December 29, 2008

SPIDERMAN

CAVE OF THE GOLDEN ROSES

Semalam kita menyambut tahun Baru Hijrah 1430. Kenapa lambat dari masihi adalah kerana Nabi Isa Al-Masih lahir dulu dari Nabi SAW.

Kalau di kalangan Pengikut Sunnah Wal Jamaah yang tidak berpegang kepada mana-mana Mazhab yang empat, setiap tahun ceritanya samaada khuthbah atau tazkirah ialah......

1. Amalan membaca Yassin, Doa awal tahun dan doa akhir tahun adalah bida'ah. Tidak boleh dibuat.

2. Cerita tentang labah-labah dan burung merpati buat sarang di pintu Gua Thur tempat Nabi SAW dan Abu Bakar As-Siddiq R.a. ( salah seorang dari empat org yang mendapat Salam dari Allah SWT) adalah dusta.

Di kalangan pengikut As-Shafie Rah. di Malaysia pula khuthbah dan tazkirah pula adalah berkisar mengenai sejarah Hijrah.

MAWI

Bagi aku pula, aku melihat Hijrah lain sikit dari yang biasa aku dengar dari Ustaz-ustaz.

Nabi Noh a.s. berdakwah selama 950 tahun di tempat dia. Pengikut dia cuma 83 orang. 950 tahun berdakwah....dapat pengikut 83!!! Mawi beberapa bulan saja dah dapat banyak pengikut. Takperler yang tu. Mawi citer lain, lawak jer.

Nabi SAW berdakwah selama 13 tahun di Makkah, berapa pengikut dia??? 83 jugak!! Punya la susah nak bagi org tempat dia (Makkah) terima apa yang dia bawa. Sapa yang peluk Islam ketika tu akan diseksa dan di azab. Kabab R.a.misalnya di heret di atas bara api sampai tak ada daging kat belakang dia. Api terpadam dengan lemak dan daging dia. Seksa sangat masa tu sesiapa yang mengikut Nabi SAW, sampai Nabi SAW declared sapa ucap Lailahhaillallah, maka masuklah dia dalam syurga (hadith ini terbatal selepas Hijrah).

Tetapi bila dia berHijrah ke Madinah, selama 10 tahun dia berdakwah, 124000, 124 ribu orang telah menjadi pengikut Nabi SAW. Sama dengan jumlah para Nabi sepanjang zaman. Allah telah mengutus 124 ribu Nabi sejak Nabi Adam sampai Nabi Muhammad SAW.

ANGKA-ANGKA

Aku suka melihat persamaan angka-angka ini.

1. Usaha dakwah tempatan Nabi SAW dan Nabi Noh sama-sama mendapat 83 orang pengikut.

2. Hijrah, yakni keluar dari kawasan tempatan (marhallah) dapat 124 ribu org sahabat dan sahabat-sahabat ini telah bertaburan ke seluruh alam, yang di makam di Bakiq (tak pasti ejaan) cuma tak sampai 10ribu org sahabat. Maknanya lebih 114 ribu org sahabat telah dimakamkan di luar Makkah dan Madinah. Asbab Hijrah mereka, kita semua mendapat Hidayah. Di tempat yang Sahabat r.a. sampai, China misalnya, penduduk di situ akan terkesan dengan cara hidup Nabi SAW. Pakaian tradisi orang China pun ada kepiah, jubah tangan besar. Makan malam sebelum Marghrib, berniaga macam para Sahabat r.a. Dua Sahabat di Makamkan di China.

Khutbah Jumaat

Ni citer yang aku rasa aku tak pernah dengar dekat mana-mana Khutbah Jumaat. Mungkin Tok Khatib tak perasan angka-angka ini. aku nak buat kesimpulan bahawa Hijrah ini sangat penting. Tak boleh selama-lamanya kita usahakan sesuatu secara statik. Cuma di sesetengah agensi perubahan dilihat sesuatu yang taboo. Sesiapa yang cuba buat perubahan akan dilihat gila. Yang omputih cakap change, paradigme shift inilah dianya....HIJRAH

3 comments:

belemoih said...

saya pun memang hijrah selalu tuan, tinggal pun kat taman hijrah...heheheh

Raja Di Laut said...

betui jugak...hari2 hijrah

Siong Berantai said...

selamat tahun baru Raja ! :p

masculine