Wednesday, December 3, 2008

MAKAN TELUR

Ada satu hadis yang maksudnya kurang lebih..."Larilah kamu seperti melihat singa apabila berjumpa dengan orang yang berpenyakit kusta". Sebenarnya Allah Ta'ala boleh memberikan cahaya tanpa perlu adanya matahari, kucing boleh berlari-lari dalam kegelapan. Allah Ta'ala boleh mengenyangkan tanpa perlu makanan, golongan Al-Kahfi yang tertidur lebih 300 tahun dalam gua, tak makan pun. Allah Ta'ala boleh memanaskan tanpa perlu api, Nabi Ibrahim a.s. sejuk di dalam api. Malah dapat makan makanan dari syurga pula semasa di dalam api. Namrud hairan dan bertanya, "apa sudah jadi dengan kau wahai api?" kata api " kalau nak tahu marilah masuk".
Maknanya di sini penyakit datang dari Allah Ta'ala. Segalanya berada di dalam kekuasaanNya. Tetapi masih ada hadis yang menyuruh kita lari dari orang berpenyakit kusta. Di sini jelas bahawa pencegahan itu penting di dalam Islam. Sangat-sangat penting!

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI

Dulu nenek aku ada bela ayam, banyak juga, dalam 30 ekor. Dalam 30 ekor tu ada seekor ayam jantan, tua dah, tapi garang. Bila nenek aku bagi makan, dia suka kacau ayam-ayam lain makan, dia kejarlah, patuklah. Nenek aku sayang ayam tu tapi kalau dibiarkan, susahlah ayam lain. Kalau nenek aku terus lepaskan ayam tu, kiranya nenek aku zalim pada 29 ekor ayam lain. Maka nenek aku pun tangkap ayam tu dan kurung. Tapi nenek aku tetap jaga ayam tu dengan baik dan bagi dia makan.
Nenek aku juga ada tanam pokok-pokok termasuk pokok cili, pokok sayur bayam dan lain-lain. Adalah pula orang kat kampung nenek aku yang bela kambing, tapi main lepas jerr. Selalu masuk makan tanaman nenek aku. Bagi aku orang ini zalim, dia tak sayangkan kambing dia dan dia menzalimi orang lain. Patutnya dia kurunglah kambing dia supaya tidak mengganggu keteraman awam.
Adakalanya bila orang naik motor buat bising atau orang main lagu kuat-kuat masa kita nak tidur kita marah, kita kata "patut campak dekat zoo jerr orang ni".
Atau dekat kawasan rumah kita ada anjing liar berkeliaran. anjing tu belum gigit sesiapa pun. Tapi kalau kita nampak, mesti kita hubungi Jabatan Haiwan. Sebab walaupun dia belum gigit sesiapa, potensi dia buat hal memang ada. Dengan adanya anjing liar tadi, secara automatiknya kita bimbangkan keselamatan kita, anak-anak, jiran tertangga dan sebagainya.
Sebenarnya dalam sebuah negara, ada banyak rakyat. Kalau di Malaysia ni, ada lebih 26 juta orang penduduk. Sekiranya ada seorang dua yang macam ayam, anjing liar dan kambing tadi, wajarlah dikurung dan diasingkan. Bukan kerana kita tak sayangkan dia, kita sayang sangat, tapi kita inginkan sebuah hidup yang harmoni. Hidup yang kita boleh makan sama-sama, yang tidak mengganggu tanaman jiran. Hidup seperti sekarang! SELAMAT, AMAN DAN MAKMUR!
Kita kurung dia bukannya bermakna dia kita benci. Aku dengar seorang bekas tahan ISA cakap dekat dalam tu dapat makan telur, makan ayam goreng, makan nasi dengan ikan kembung dan minum air teh. Emmmpphhh...sodap juo! Kata dia, makanan tu macam makanan anjing. Tak tahulah pulak aku samada dia diberi makanan anjing atau anjing makan makanan dia yang sodap tu! Atau pun dia mengganggap dia seekor anjing! Mungkin dia berhalinasi menjadi anjing!!!!
Malah kat dalam tu aku dengar macam-macam ada, majalah, semua ada kecuali keluar dan kacau orang. Sedara mara nak melawat seberapa kerap pun dibenarkan. Seronok kan kat Malaysia!
HUJAN EMAS DI NEGARA SENDIRI
Aku dengar negeri yang Perdana Menterinya orang Cina dan Presidennya orang India, lain pula halnya. Khabarnya dekat sana, bukan setakat tidak boleh makan chewing gum dan main mercun. Kalau ada orang macam manusia yang berhalunasi jadi anjing tadi, sekejap saja akan hilang. Hari ini buat hal, lawan kerajaan, malam nanti hilang ler dia. Nasiblah negeri ini orang Melayu yang jadi pemerintah. Orang Melayu baik. Tak buat macam tu! Baik sangat Melayu ni. Buatlah apa pun, semua "TAK PA".
Jom kita tengok kat negara yang melaungkan "perempuan tutup mata dengan kain dan pegang dacing. Nama dia Lady Justice. Slogan dia JUSTICE FOR ALL. Negeri asal-usul rokok Marlboro lerr.
Pernah dengar Penjara Abu-Gharib dan Pusat Tahanan Teluk Guatanamo? Mesti pernah. Takkan tak pernah. Sana, tahan orang bukan setakat tanpa bicara, seksa lagi, disuruh gigit sama sendiri, dibogelkan, dibuat macam anjing. (Bukan rasa diberi makanan macam makanan anjing. Itu pun sebab dia gilo rasa dia anjing.!!!) Huhhh... teruknya!!!
Kat sini siap bagi makan telur dengan ayam goreng. Lepas tu suruh kaji semula ISA. Apa lagi nak kaji, elok dah tu! Boleh bersenang lenang, baca majalah, makan telur. Boleh terima lawatan keluarga. Tak hilang. Tidak diseksa. Selesa sangat dah!
KEGANASAN
Aku tengok di bawah perkara 73(i), dia kata tangkapan mestilah mempunyai maklumat kukuh. Bila ada Polis ada maklumat kukuh bahawa orang ini mengancam negara maka dia akan ditahan selama 24 jam, kalau didapati memang berbahaya, tahan lagi 48 jam sehingga 60 hari. Tapi dalam tempoh itu pun didapati kalau lepaskan dia, dia akan jadi macam ayam atau anjing liar tadi, buat kacau, maka dengan kebenaran Menteri Keselamatan Dalam Negeri (setelah diberi bukti-bukti kukuh), boleh dilanjutkan penahanan kepada dua (2) tahun. Maklumat kukuh bahawa ayam-ayam ehh... orang tersebut boleh mengancam :-
1.Keselamatan atau Ketenteraman Awam
2.Penyelenggaraan Perkhidmatan Perlu. Contohnya perkhidmatan-perkhidmatan perlu adalah seperti empangan.....Empangan?! emphh...perlu tu. Lagi, telekom, TNB, RTM.... kerana perkara-perkara ini penting sangat buat rakyat. Kalau dijahanamkan .... nayo cek!! RTM pun masuk kerr? A'aaa.... kalau RTM di "rampas". Pengganas gunakan untuk membuat berita yang menakut-nakutkan rakyat, bukankah akan memberikan satu suasana haru biru di dalam negara?. Dia buat berita kata, Malaysia sekarang dilanda wabak selsema kuda yang orang jadi takut nak keluar rumah dan sebagainya. Tidakkah itu akan menimbulkan huru hara?.
3. Mengancam Ekonomi Negara. Macamana? ok, macam ni. Ingat lagi tak pada tahun 1997. Tahun di mana ekonomi Malaysia menjadi sangat teruk. Siapa Menteri Kewangan masa itu. Ya!!! Semua pun tahu.
KEBELAKANG PUSING!!
Ya kebelakang pusing! Ketika itu (1997) tak silap aku, Menteri Kewangan telah mengambil lima (5) pendekatan (semaklah tengok, mana tahu aku silap).
1.Naikkan kadar faedah pinjaman bank. Kiranya masa tu peniaga kecil atau sesiapa nak kahwin yang buat pinjaman bank, masyaAllah, faedahnya tinggi, berbelas peratus. Siapa yang buat pinjaman bank rakyat masa tu tahulah azabnya. Bukan 5 - 6 peratus macam sekarang.
2. Menyusun semula ekuiti bumiputera. Masa tu banyak syarikat bumiputera yang nyawa-nyawa ikan guppy hancur, terutama syarikat kecil ditelan oleh syarikat besar.
3. Syarikat yang tidak memberansangkan ditutup. Banyaknya syarikat bumiputeralah. Patutnya kalau tak memberansangkan kerajaan kena bantulah bukan tutup.
4. Kalau tak silap aku masa tu, gaji anggota awam dipotong RM10.00 atau 10%. Aku tak ingat sangat.
5. Naikkan kadar mempebaharui lesen memandu dari RM20 ke RM 50.00.
Tapi nasiblah Dr. Mahathir masa tu rombak balik dasar ini termasuk menubuhkan dana harta dan dana modal terutama membantu bumiputera yang bernafas dalam lumpur. Selain itu, diturunkan juga lesen memandu tadi kepada RM 30.00.
Inilah yang dikatakan mengancam Ekonomi Negara. Selain itu, membuat kenyataan dan suasana haru-biru yang boleh menakutkan pelabur datang juga, boleh dianggap mengancam Ekonomi Negara.
Orang-orang yang melakukan tiga (3) jenis kesalahan di atas patutlah sangat ditahan dan diberi makan telur, ayam goreng dan ikan kembung serta diberi minum air teh.
LANGKAWI
Dua (2) hari lepas aku ke Langkawi, aku jalan-jalan sekitar pulau dengan WAJA sewa. Aku tengokkan, Minah dan Mat Saleh sukahati saja jalan-jalan kat pantai chenang terutamanya. Yang pakai bra dengan seluar pendek yang sangat pendek, relak saja jalan-jalan kat Langkawi. Sedangkan di Mumbai dah kena letup.
Rasa syukur sangat pada Allah Ta'ala atas anugerah SELAMAT, AMAN, MAKMUR pada negara ini.
Kalau orang nak buat benda-benda jahat pun Alhamdulillah tak boleh buat dekat sini. Dr. Aszahari dengan Nordin Mat Top pun tak boleh cari makan di negara ini. Allah tak izin. JI, Al-Qaeda alhamdulillah Allah Ta'ala tak izinkan kacau negara ini.
Jadi, tak syukur juga ada ISA????!!!!
KESIMPULAN
Korang fikir macamana? Patutkah kita biar jerr ayam tadi, kerana dia seekor habis ayam lain bermasalah. Atau korang rasa patut kita biarkan anjing liar berkeliaran sesuka hati. anjing tu bukan buat salah pun. Tak ada siapa pun yang dia gigit. Tapi korang rasa SELAMAT, AMAN, MAKMUR ker kalau dia ada? Aku tengokkan, dengan adanya ISA ini, banyak bantuan Allah datang kerana kita beramal dengan hadis yang aku mula-mula tulis kat atas tadi. Yang aku pelik yng dorang buat protes, gila-gila punya protes ISA ni kenapa ntah? Orang bagi duduk lepak-lepak makan telur, ayam goreng dan ikan kembung pun nak protes gila-gila. Hampeh!!!!

1 comment:

Unknown said...

yup.. thas rite..... bumi kita malaysia ni mmg terlalu beruntung jika nak dibandingkan dgn yang lain lain.. alhamdulillah.. bersyukur dgn aoa yang dimiliki.........

masculine