Wednesday, December 3, 2008

Orang Asli

aku tertanya-tanya siapa orang asli. Mereka kata kita semua pendatang. Melayu pendatang, cina dan india pun pendatang. Maka tak adalah tuan di Negara ni. Penduduk asal katanya hanya orang asli. Aku tengok muka orang asli, aku tgk muka aku. Aku tgk muka orang lain. Peliknya aku dapati muka orang asli tak sama dengan muka orang-orang di kepulauan Melayu. 13 000 buah pulau sampai ke Madagascar termasuk Filipina dan Thailand, muka orang asli jauh berbeza dengan muka orang-orang di kepulauan Melayu. Muka orang asli kat sini lebih kurang dengan muka bushment dan blackman.
Aku pun dapatkan sedikit maklumat.... rupanya bangsa Melayu adalah penduduk asal kepulauan Melayu. Lebih 3600 tahun yang lalu. WoW! sama dgn tarikh bahtera nabi Noh a.s. Lama dah, tak kira lah Melayu kat mana dalam kepulauan Melayu, inilah rupa Melayu. Samada agama Buddha di Thailand, Kristian di Filipina, Islam di Malaysia.... inilah penduduk asal negara ini. Melayu. Inilah muka Melayu. Macam muka aku ni.

Kalau macam tu siapa pula orang asli?

Ok, orang asli kat sini adalah golongan negrito yang berhijrah dari tempat lain termasuk afrika. Mereka mengamalkan pertanian pindah, berpindah dari satu tempat ke satu tempat sampai lah ke Malaysia. Maknanya kalau orang kata kita semua pendatang, elok dikaji makna sebenar pendatang. Nabi Adam a.s pun bukannya penduduk asal bumi ni.

Kesimpulan

Kesimpulannya kalau orang kata hak samarata perlu diberi kerana Melayu pun pendatang maka ini boleh dianggap sebagai penjajahan. Melayu bina negara ini daripada hutan belantara. Berapa banyak datuk nenek aku mati dibaham haiwan liar untuk membuka negara ini selama 3600 tahun lalu. Setelah negara ini menjadi hebat, menjadi pelabuhan terkenal, menjadi negara perdagangan rempah, mat saleh datang jajah, bawa pekerja dari negara lain 200 tahun yang lalu yang merempat di negara sendiri pada ketika itu. Mereka ini kemudian dengan lantang berkata...kita sama-sama pendatang. Amboi, awak bina rumah dah 36 tahun, orang datang 2 hari dah kata master bedroom kita kena kongsi sama. Janganlah macam tu, apalagi Melayu tak korbankan. Apa lagi Melayu tak tolak ansur. Cabut keris pun dah masuk balik. Cukuplah!

No comments:

masculine