Wednesday, December 3, 2008

ANTI-OKSIDA




KHASIAT TEH


Aku percaya korang semua mesti pernah minum teh. Teh baik sangat untuk kesihatan kerana ia mengandungi anti-oksida. Cerita aku hari ini pun pasal khasiat teh.


Kawan aku baru balik dari satu negeri. Dia cerita tentang seorang pemimpin yang sangat baik dan sangat humble. Dia cerita yang pemimpin tersebut walaupun seorang yang besar jawatannya, tetapi baik di dalam melayan tetamu. Sesiapa yang datang dihidangkan teh yang dibancuhnya sendiri.


Aku turut kagum dengan pemimpin tersebut. Kata kawan aku, setiap hari ramai orang datang ke rumahnya dan dia sendiri yang melayan mereka. WoW!!! Kagumnya aku. Khabarnya dia ketua kerajaan di negeri tersebut.



TUGAS PEMIMPIN


Aku mula tertanya-tanya kalau hari-hari orang datang dan hari-hari dia melayan tetamu hebatlah juga pemimpin ni. Tapi kalau aku tanya korang pula macamana? Katakanlah korang ada ayah. Ayah korang baik sangat. Tersangatlah baiknya. Hari-hari dia ada kat rumah, sesiapa yang datang termasuk jiran-jiran, dia yang layan, dia bancuh teh dan hidangkan. Mesti semua orang puji ayah korang kan termasuklah jiran-jiran. Mereka akan kata beruntung betul mak korang dapat ayah baik macam ni. Betul sik? ehh betul tak?


Tapikan aku tertanya-tanya macamana keadaan sebuah keluarga kalau ayah dia terlalu banyak memberikan masa di rumah melayan tetamu? Aku tertanya-tanya dikala ayah orang lain keluar mencari rezeki kekadang malam baru pulang, ayah kita sibuk membancuh air teh.!!

Macamana keadaan ekonomi keluarga kita ya. Takkanlah nak harapkan ibu kita pula keluar mencari rezeki, ayah pula membancuh air teh.

Aku tengok pemimpin kat tempat aku, kekadang sampai tengah malam buat program, melawat kampung. Cari orang miskin, pergi cari pelabur dan sebagainya.

Apa agaknya akan jadi pada negeri aku kalau pemimpin aku, lepak kat rumah bancuh teh?. Aku rasa kerajaan bagi gaji banyak-banyak kat menteri supaya semua kerja-kerja membancuh teh dan sebagainya, upah orang sajalah. Mentri kenalah keluar tengok-tengok keadaan rakyat, cari pelabur dan sebagainya.

SOLAH HAJAT

Solah hajat ni baik sangat. sepatutnya bukan dibuat pada masa-masa tertentu, sama dengan solah Istiqarah, jangan tunggu sampai sesak baru nak buat. Aku syorkan pada diri aku dan korang buat lerr hari-hari.

Aku dengar, dekat negeri tersebut pun dorang buat solah hajat masa pilihan raya. Bagus tu!. Meminta hanya pada Allah Ta'ala. Jangan sesekali mengharap pada yang lain. Dorang ni pun buat solah hajat, khabarnya 50k orang datang. Syukur alhamdulillah! Minta kemenangan di dalam pilihan raya umum ke 12.

Tapikan yang aku musykil, susah payah mereka berkempen, solah hajat dsb. bila menang, ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya sekadar untuk menjadi pembancuh teh. No Komen!!! Korang pikirlerr sendiri!!.

MELAYU LAWAN MELAYU

Lagi satu aku hairan, puak ni katanya membela Islam, tapi yang dilawan dalam pilihan raya, semua orang orang Islam. Tak lawan dorang dengan kaum lain. Lawan Melayu jer berani. Dari dulu!!! Apalah dengki sangat dorang ni dengan orang Melayu. Samy Vellu dorang tak lawan, Soi Lek dorang tak lawan, yang dorang lawan semua orang Melayu!!! Poning kepalo den mikirkan ehh!!!

Kesimpulan

Di dalam menghuraikan ayat Al-Quran adanya ayat Mutashabihat (tanya lerr Ustaz, aku bukannya pandai sangat pun). Maknanya di sini menghurai maksud ayat dan hadith hendaklah berpandukan kepada cara hidup Nabi SAW dan Sahabat R.A. Tak boleh mengikut hal dunia kita. Sebagai contoh, bila kata "janganlah lupa bahagian kamu di dunia" lihatlah apa yang diambil Nabi SAW dan Para Sahabat r.a. dari dunia, walaupun dkatakan 2/3 dunia berada di bawah kaki orang Islam pada masa itu termasuk Rom dan Parsi. Pendapatan sahabat pada ketika itu dikatakan 120k keping wang emas sehari. 120 000 keping wooooo! Korang bayangkan!! Bayang...Bayang...Bayang tengok. Nilai emas tidak pernah berubah. Dulu, masa tu sekeping wang emas boleh beli seekor ayam. Hari ini nilainya sekeping antara RM 14 - RM 16, juga boleh beli seekor ayam. Tapi lihatlah kehidupan mereka. Adakalanya tiada makanan untuk berbuka. Kalau kita tidak menafsirkan ayat mengikut cara Nabi SAW, maka mungkin kita akan angap.."janganlah lupa bahagian kamu di dunia" dengan melahap segala yang ada.

Sama dalam hal politik. Adakah cara Nabi SAW hanya dengan membancuh air teh?

Kesimpulan yang aku buat ... teh memang banyak khasiatnya!!!

No comments:

masculine