Monday, December 29, 2008

SPIDERMAN

CAVE OF THE GOLDEN ROSES

Semalam kita menyambut tahun Baru Hijrah 1430. Kenapa lambat dari masihi adalah kerana Nabi Isa Al-Masih lahir dulu dari Nabi SAW.

Kalau di kalangan Pengikut Sunnah Wal Jamaah yang tidak berpegang kepada mana-mana Mazhab yang empat, setiap tahun ceritanya samaada khuthbah atau tazkirah ialah......

1. Amalan membaca Yassin, Doa awal tahun dan doa akhir tahun adalah bida'ah. Tidak boleh dibuat.

2. Cerita tentang labah-labah dan burung merpati buat sarang di pintu Gua Thur tempat Nabi SAW dan Abu Bakar As-Siddiq R.a. ( salah seorang dari empat org yang mendapat Salam dari Allah SWT) adalah dusta.

Di kalangan pengikut As-Shafie Rah. di Malaysia pula khuthbah dan tazkirah pula adalah berkisar mengenai sejarah Hijrah.

MAWI

Bagi aku pula, aku melihat Hijrah lain sikit dari yang biasa aku dengar dari Ustaz-ustaz.

Nabi Noh a.s. berdakwah selama 950 tahun di tempat dia. Pengikut dia cuma 83 orang. 950 tahun berdakwah....dapat pengikut 83!!! Mawi beberapa bulan saja dah dapat banyak pengikut. Takperler yang tu. Mawi citer lain, lawak jer.

Nabi SAW berdakwah selama 13 tahun di Makkah, berapa pengikut dia??? 83 jugak!! Punya la susah nak bagi org tempat dia (Makkah) terima apa yang dia bawa. Sapa yang peluk Islam ketika tu akan diseksa dan di azab. Kabab R.a.misalnya di heret di atas bara api sampai tak ada daging kat belakang dia. Api terpadam dengan lemak dan daging dia. Seksa sangat masa tu sesiapa yang mengikut Nabi SAW, sampai Nabi SAW declared sapa ucap Lailahhaillallah, maka masuklah dia dalam syurga (hadith ini terbatal selepas Hijrah).

Tetapi bila dia berHijrah ke Madinah, selama 10 tahun dia berdakwah, 124000, 124 ribu orang telah menjadi pengikut Nabi SAW. Sama dengan jumlah para Nabi sepanjang zaman. Allah telah mengutus 124 ribu Nabi sejak Nabi Adam sampai Nabi Muhammad SAW.

ANGKA-ANGKA

Aku suka melihat persamaan angka-angka ini.

1. Usaha dakwah tempatan Nabi SAW dan Nabi Noh sama-sama mendapat 83 orang pengikut.

2. Hijrah, yakni keluar dari kawasan tempatan (marhallah) dapat 124 ribu org sahabat dan sahabat-sahabat ini telah bertaburan ke seluruh alam, yang di makam di Bakiq (tak pasti ejaan) cuma tak sampai 10ribu org sahabat. Maknanya lebih 114 ribu org sahabat telah dimakamkan di luar Makkah dan Madinah. Asbab Hijrah mereka, kita semua mendapat Hidayah. Di tempat yang Sahabat r.a. sampai, China misalnya, penduduk di situ akan terkesan dengan cara hidup Nabi SAW. Pakaian tradisi orang China pun ada kepiah, jubah tangan besar. Makan malam sebelum Marghrib, berniaga macam para Sahabat r.a. Dua Sahabat di Makamkan di China.

Khutbah Jumaat

Ni citer yang aku rasa aku tak pernah dengar dekat mana-mana Khutbah Jumaat. Mungkin Tok Khatib tak perasan angka-angka ini. aku nak buat kesimpulan bahawa Hijrah ini sangat penting. Tak boleh selama-lamanya kita usahakan sesuatu secara statik. Cuma di sesetengah agensi perubahan dilihat sesuatu yang taboo. Sesiapa yang cuba buat perubahan akan dilihat gila. Yang omputih cakap change, paradigme shift inilah dianya....HIJRAH

Tuesday, December 16, 2008

ISTANA DANGDUT


GOYANG GERUDI INUL DRASTITA

Aku baca paper tadi PAC suruh beli juga KC725 dari Eurocopter. Korang fikir camana. aku fikir camgini...Sedar atau tidak, Indonesia yang filemnya, sinetronnya, GROnya, pekerjanya, amahnya berlambak kat Malaysia ni adalah ancaman terbesar kepada Malaysia. Jauh lebih bahaya dari Singapura-pura. Kapal kita dah berapa kali dilanggar dengan covert dia kat Ambalat.

TUN THE LEGEND

Dulu Tun tempah 27 buah covert, dibuat di Perak. Yang siap 6 buah, 2 Kedah Class, 4 Laksamana class. Laksamana Class letak kat lumut. Kedah Class dekat Teluk Sempagar. Teluk Sempagar dengan Ambalat jauh gak. Covert kita,... oleh kerana kita nak declare bukan kapal perang,.... maka kelajuannya 22knot sejam. Kita covert ada 6. Fregate takder, destroyer jauh sekali.

TARIAN SAMBA

Pak Najib nampak kelemahan giler kitanie. Maka ditempahnya KC725 ganti NURI yang tak pandai bercakap. Tetiba ader lerr pulak yang bandingkan KC725 kita dengan heli yang dibeli oleh Brazil. Katanya Brazil lagi pandai beli. Brazil beli dorang cakap murah banyak dari kita siap dengan pemindahan teknologi lagi ke Brazil....emphhhhh...

KARPAL KARAM

Tapi mungkin mereka tak tahu atau tak diberitahu atau mengetaktahuankan diri bahawa.... Brazil punya heli Utility, kita punya CSAR. Selain itu, kita bukan sekadar dapat pemindahan teknologi, malah sekali dengan pakej latihan kepada anggota yang akan mengendalikan dan memandu KC 725 tuuuu. Dan seperti mana yang korang tahu, mana-mana heli atau peralatan perang, kos latihan adalah mahal dari harga barang. Macam Brazil beli van Volkwagen kita beli kete kebal Volkwagen. Memang satu company, tapi kegunaan tak sama. Brazil punya untuk utility, kita punya siap dengan senjata perang....peluru yang panjangggggg dan besarrrrrr!!!.

CAYALAHH

Jika kerajaan memikirkan (setelah dipertimbangkan segala aspek) sesuatu perkara itu baik untuk rakyat dan negara, maka laksanakanlahhhh. Kita telahpun memberikan mandat dan kepercayaan di dalam PRU!!!.

Masih ingat pesan saya? Ikut Perintah Allah cara Nabi SAW..... Nabi pesan kuatkan tentera di dalam negara.

Monday, December 15, 2008

THE PRISONER MOTHER OF ENGLAND

SAMANTHA FOX

Dulu...orang salah kat England dibuang ke Australia. Asal usul dorang adalah keturunan orang jahat-jahat. Sampai kat sana (banduan nih) dorang teruskan hobi orang-orang putih. Tau apa...ahaaa...tembak fox. Ramai-ramai bawa anjing kejar fox seekor. Tapi kat Australia tak der binatang macam ni. Kanggaroo (asal usul nama Kangar kut) banyak lerr. Tapi dia besar dan senang ditembak.

TERNAKAN ARNAB

Jadi dorang minta agar dihantar binatang yang boleh dibuat main tembak-tembak. Kerajaan Inggeris ketika itu menghantar arnab ke sana. Mula-mula hantar seronotlerr dorang dapat tembak-tembak. Lama-lama binatang arnab ni membiak dengan pantasnya. Jadilerr banyak. Banyak sangat mengganggu lerr pertanian. Pasal dia makan dan rosakkan tanaman.

KEMPEN BUKU HIJAU

Maka diracunlerr arnab nie... ada yang mati, tapi sebahagian telah melahirkan zuriat yang imune pada racun. Arnab mutant nie tak boleh diracun, nak dimakan pun tak boleh pasal beracun. Maka mereka memagar kawasan pertanian. Alaa macam korang tengok kesan dia kat crocodile hunter tu.

HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI


Rupanya arnab nie buat pagar pun tak guna sebab dia boleh korek tanah bawah pagar. Sekarang arnab menjadi masalah kat Australia. Menjadi makhluk perosak kat sana. Semuanya gara-gara datuk nenek moyang mereka nak bersukaria.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Jadi kita sekarang jangan jadi macam datuk nenek mereka. Kita nak senang nanti anak cucu yang bermasalah. Minyak nak harga murah, nak kerajaan korek banyak-banyak biar anak cucu tak merasa. Nak tubuh kerajaan baru biar huru-hara negara. Nak sokong hindraff, hapuskan ISA dsb. Semuanya tu untuk merokkan apa yang telah diwarisi dengan sangat baik oleh datuk nenek kita kepada kita dan generasi kita

KASHMIR

HAMPARAN PERMAIDANI

Biasa tengok Pakistan jual Carpet? Adakalanya aku tertanya kenapa orang daripada negera yang begitu maju, ada senjata nuklear canggih datang ke negara aku untuk jual carpet? Pulak tu sebahagiannya datang dengan kelulusan tinggi. Ada engineer, accountant dsb.

BOLLYWOOD

Dulunya India dan Pakistan itu satu macam Borneo dan Malaya. Tapi kerana tak puashati masing-masing bawa hal. Rupanya kesan berpecah ini, sampai sekarang, walaupun mereka maju, tetapi kestabilan politik itu tiada. Penting juga kestabilan politik.

DONGENG SI PARI-PARI

BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Hi! lama juga aku tak datang sini. Dah seminggu lebih. Dorang cakap artikel aku pangjang sangat, orang tak suka! K, aku belajar tulis pendek!

IBU TIRI

Sebenarnya dalam hidup seorang remaja, adakalanya kita rasa Ibu kita tak cukup baik. Tak macam Ibu orang lain. Ibu orang lain sporting. Apa anak dorang nak .... dapat. Pandai bergaya dan sebagainya. Adakalanya remaja mengharapkan dapat Ibu lain. Ibu yang menarik, senang dan mudah untuk berfoya-foya. Tak pandai suruh baca buku, kemas bilik dan sebagainya. pendek kata yang boleh memberikan KEBEBASAN MUTLAK kepada kita.

PUTERI SALJU

Tapi percayalah kalau Ayah kita tukar Ibu, malah kalau rajin tukar Ibu, walau sehebat mana Ibu baru tersebut. Kehidupan kita akan HANCURRRR!. Tapi kalau ayah kita tak tukar Ibu, walau seburuk mana Ibu kita, dia tetap akan menjaga kita dengan sedaya upaya dia walau mengorbankan nyawa sekalipun. Itulah ibu kita, kalau masa kita kecil, dia mandikan kita bedakkan kita, lepastu kita main kotor. Dia akan sangat marah,.......... macamana dia "sangat marah" itu???
Dia "sangat marah" dengan mandikan kita semula, pakaikan pakaian bersih, bedakkan semula, bancuhkan sebotol susu dan dodoikan kita sehingga tertidur!!!!. Itulah "sangat marah" seorang ibu kandung.
Itulah pentingnya seorang Ayah tak tukar Ibu dan seorang Ibu tak tukar Ayah walaupun kita tak suka!!

PAKATAN RAKYAT

Dalam hal negara, aku nak bagitau, keadaan ini sama, samada baik atau buruk kerajaan yang ada sekarang. Walau corrupt dan sebagainya. Ia terpaksa dipertahankan. Lihatlah negara yang kerap menukar "Ibu" (kerajaan), seperti Indonesia, Filipina, India dsb. Walau negara tersebut maju, hebat... tetapi tidak akan sestabil negara kita. Percayalah... kerajaan ini perlu dipertahankan walau pun kita rasa buruk sangat.......... Percayaaallllaaaaahhhhh.........!

Wednesday, December 3, 2008

ANTI-OKSIDA




KHASIAT TEH


Aku percaya korang semua mesti pernah minum teh. Teh baik sangat untuk kesihatan kerana ia mengandungi anti-oksida. Cerita aku hari ini pun pasal khasiat teh.


Kawan aku baru balik dari satu negeri. Dia cerita tentang seorang pemimpin yang sangat baik dan sangat humble. Dia cerita yang pemimpin tersebut walaupun seorang yang besar jawatannya, tetapi baik di dalam melayan tetamu. Sesiapa yang datang dihidangkan teh yang dibancuhnya sendiri.


Aku turut kagum dengan pemimpin tersebut. Kata kawan aku, setiap hari ramai orang datang ke rumahnya dan dia sendiri yang melayan mereka. WoW!!! Kagumnya aku. Khabarnya dia ketua kerajaan di negeri tersebut.



TUGAS PEMIMPIN


Aku mula tertanya-tanya kalau hari-hari orang datang dan hari-hari dia melayan tetamu hebatlah juga pemimpin ni. Tapi kalau aku tanya korang pula macamana? Katakanlah korang ada ayah. Ayah korang baik sangat. Tersangatlah baiknya. Hari-hari dia ada kat rumah, sesiapa yang datang termasuk jiran-jiran, dia yang layan, dia bancuh teh dan hidangkan. Mesti semua orang puji ayah korang kan termasuklah jiran-jiran. Mereka akan kata beruntung betul mak korang dapat ayah baik macam ni. Betul sik? ehh betul tak?


Tapikan aku tertanya-tanya macamana keadaan sebuah keluarga kalau ayah dia terlalu banyak memberikan masa di rumah melayan tetamu? Aku tertanya-tanya dikala ayah orang lain keluar mencari rezeki kekadang malam baru pulang, ayah kita sibuk membancuh air teh.!!

Macamana keadaan ekonomi keluarga kita ya. Takkanlah nak harapkan ibu kita pula keluar mencari rezeki, ayah pula membancuh air teh.

Aku tengok pemimpin kat tempat aku, kekadang sampai tengah malam buat program, melawat kampung. Cari orang miskin, pergi cari pelabur dan sebagainya.

Apa agaknya akan jadi pada negeri aku kalau pemimpin aku, lepak kat rumah bancuh teh?. Aku rasa kerajaan bagi gaji banyak-banyak kat menteri supaya semua kerja-kerja membancuh teh dan sebagainya, upah orang sajalah. Mentri kenalah keluar tengok-tengok keadaan rakyat, cari pelabur dan sebagainya.

SOLAH HAJAT

Solah hajat ni baik sangat. sepatutnya bukan dibuat pada masa-masa tertentu, sama dengan solah Istiqarah, jangan tunggu sampai sesak baru nak buat. Aku syorkan pada diri aku dan korang buat lerr hari-hari.

Aku dengar, dekat negeri tersebut pun dorang buat solah hajat masa pilihan raya. Bagus tu!. Meminta hanya pada Allah Ta'ala. Jangan sesekali mengharap pada yang lain. Dorang ni pun buat solah hajat, khabarnya 50k orang datang. Syukur alhamdulillah! Minta kemenangan di dalam pilihan raya umum ke 12.

Tapikan yang aku musykil, susah payah mereka berkempen, solah hajat dsb. bila menang, ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya sekadar untuk menjadi pembancuh teh. No Komen!!! Korang pikirlerr sendiri!!.

MELAYU LAWAN MELAYU

Lagi satu aku hairan, puak ni katanya membela Islam, tapi yang dilawan dalam pilihan raya, semua orang orang Islam. Tak lawan dorang dengan kaum lain. Lawan Melayu jer berani. Dari dulu!!! Apalah dengki sangat dorang ni dengan orang Melayu. Samy Vellu dorang tak lawan, Soi Lek dorang tak lawan, yang dorang lawan semua orang Melayu!!! Poning kepalo den mikirkan ehh!!!

Kesimpulan

Di dalam menghuraikan ayat Al-Quran adanya ayat Mutashabihat (tanya lerr Ustaz, aku bukannya pandai sangat pun). Maknanya di sini menghurai maksud ayat dan hadith hendaklah berpandukan kepada cara hidup Nabi SAW dan Sahabat R.A. Tak boleh mengikut hal dunia kita. Sebagai contoh, bila kata "janganlah lupa bahagian kamu di dunia" lihatlah apa yang diambil Nabi SAW dan Para Sahabat r.a. dari dunia, walaupun dkatakan 2/3 dunia berada di bawah kaki orang Islam pada masa itu termasuk Rom dan Parsi. Pendapatan sahabat pada ketika itu dikatakan 120k keping wang emas sehari. 120 000 keping wooooo! Korang bayangkan!! Bayang...Bayang...Bayang tengok. Nilai emas tidak pernah berubah. Dulu, masa tu sekeping wang emas boleh beli seekor ayam. Hari ini nilainya sekeping antara RM 14 - RM 16, juga boleh beli seekor ayam. Tapi lihatlah kehidupan mereka. Adakalanya tiada makanan untuk berbuka. Kalau kita tidak menafsirkan ayat mengikut cara Nabi SAW, maka mungkin kita akan angap.."janganlah lupa bahagian kamu di dunia" dengan melahap segala yang ada.

Sama dalam hal politik. Adakah cara Nabi SAW hanya dengan membancuh air teh?

Kesimpulan yang aku buat ... teh memang banyak khasiatnya!!!

MAKAN TELUR

Ada satu hadis yang maksudnya kurang lebih..."Larilah kamu seperti melihat singa apabila berjumpa dengan orang yang berpenyakit kusta". Sebenarnya Allah Ta'ala boleh memberikan cahaya tanpa perlu adanya matahari, kucing boleh berlari-lari dalam kegelapan. Allah Ta'ala boleh mengenyangkan tanpa perlu makanan, golongan Al-Kahfi yang tertidur lebih 300 tahun dalam gua, tak makan pun. Allah Ta'ala boleh memanaskan tanpa perlu api, Nabi Ibrahim a.s. sejuk di dalam api. Malah dapat makan makanan dari syurga pula semasa di dalam api. Namrud hairan dan bertanya, "apa sudah jadi dengan kau wahai api?" kata api " kalau nak tahu marilah masuk".
Maknanya di sini penyakit datang dari Allah Ta'ala. Segalanya berada di dalam kekuasaanNya. Tetapi masih ada hadis yang menyuruh kita lari dari orang berpenyakit kusta. Di sini jelas bahawa pencegahan itu penting di dalam Islam. Sangat-sangat penting!

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI

Dulu nenek aku ada bela ayam, banyak juga, dalam 30 ekor. Dalam 30 ekor tu ada seekor ayam jantan, tua dah, tapi garang. Bila nenek aku bagi makan, dia suka kacau ayam-ayam lain makan, dia kejarlah, patuklah. Nenek aku sayang ayam tu tapi kalau dibiarkan, susahlah ayam lain. Kalau nenek aku terus lepaskan ayam tu, kiranya nenek aku zalim pada 29 ekor ayam lain. Maka nenek aku pun tangkap ayam tu dan kurung. Tapi nenek aku tetap jaga ayam tu dengan baik dan bagi dia makan.
Nenek aku juga ada tanam pokok-pokok termasuk pokok cili, pokok sayur bayam dan lain-lain. Adalah pula orang kat kampung nenek aku yang bela kambing, tapi main lepas jerr. Selalu masuk makan tanaman nenek aku. Bagi aku orang ini zalim, dia tak sayangkan kambing dia dan dia menzalimi orang lain. Patutnya dia kurunglah kambing dia supaya tidak mengganggu keteraman awam.
Adakalanya bila orang naik motor buat bising atau orang main lagu kuat-kuat masa kita nak tidur kita marah, kita kata "patut campak dekat zoo jerr orang ni".
Atau dekat kawasan rumah kita ada anjing liar berkeliaran. anjing tu belum gigit sesiapa pun. Tapi kalau kita nampak, mesti kita hubungi Jabatan Haiwan. Sebab walaupun dia belum gigit sesiapa, potensi dia buat hal memang ada. Dengan adanya anjing liar tadi, secara automatiknya kita bimbangkan keselamatan kita, anak-anak, jiran tertangga dan sebagainya.
Sebenarnya dalam sebuah negara, ada banyak rakyat. Kalau di Malaysia ni, ada lebih 26 juta orang penduduk. Sekiranya ada seorang dua yang macam ayam, anjing liar dan kambing tadi, wajarlah dikurung dan diasingkan. Bukan kerana kita tak sayangkan dia, kita sayang sangat, tapi kita inginkan sebuah hidup yang harmoni. Hidup yang kita boleh makan sama-sama, yang tidak mengganggu tanaman jiran. Hidup seperti sekarang! SELAMAT, AMAN DAN MAKMUR!
Kita kurung dia bukannya bermakna dia kita benci. Aku dengar seorang bekas tahan ISA cakap dekat dalam tu dapat makan telur, makan ayam goreng, makan nasi dengan ikan kembung dan minum air teh. Emmmpphhh...sodap juo! Kata dia, makanan tu macam makanan anjing. Tak tahulah pulak aku samada dia diberi makanan anjing atau anjing makan makanan dia yang sodap tu! Atau pun dia mengganggap dia seekor anjing! Mungkin dia berhalinasi menjadi anjing!!!!
Malah kat dalam tu aku dengar macam-macam ada, majalah, semua ada kecuali keluar dan kacau orang. Sedara mara nak melawat seberapa kerap pun dibenarkan. Seronok kan kat Malaysia!
HUJAN EMAS DI NEGARA SENDIRI
Aku dengar negeri yang Perdana Menterinya orang Cina dan Presidennya orang India, lain pula halnya. Khabarnya dekat sana, bukan setakat tidak boleh makan chewing gum dan main mercun. Kalau ada orang macam manusia yang berhalunasi jadi anjing tadi, sekejap saja akan hilang. Hari ini buat hal, lawan kerajaan, malam nanti hilang ler dia. Nasiblah negeri ini orang Melayu yang jadi pemerintah. Orang Melayu baik. Tak buat macam tu! Baik sangat Melayu ni. Buatlah apa pun, semua "TAK PA".
Jom kita tengok kat negara yang melaungkan "perempuan tutup mata dengan kain dan pegang dacing. Nama dia Lady Justice. Slogan dia JUSTICE FOR ALL. Negeri asal-usul rokok Marlboro lerr.
Pernah dengar Penjara Abu-Gharib dan Pusat Tahanan Teluk Guatanamo? Mesti pernah. Takkan tak pernah. Sana, tahan orang bukan setakat tanpa bicara, seksa lagi, disuruh gigit sama sendiri, dibogelkan, dibuat macam anjing. (Bukan rasa diberi makanan macam makanan anjing. Itu pun sebab dia gilo rasa dia anjing.!!!) Huhhh... teruknya!!!
Kat sini siap bagi makan telur dengan ayam goreng. Lepas tu suruh kaji semula ISA. Apa lagi nak kaji, elok dah tu! Boleh bersenang lenang, baca majalah, makan telur. Boleh terima lawatan keluarga. Tak hilang. Tidak diseksa. Selesa sangat dah!
KEGANASAN
Aku tengok di bawah perkara 73(i), dia kata tangkapan mestilah mempunyai maklumat kukuh. Bila ada Polis ada maklumat kukuh bahawa orang ini mengancam negara maka dia akan ditahan selama 24 jam, kalau didapati memang berbahaya, tahan lagi 48 jam sehingga 60 hari. Tapi dalam tempoh itu pun didapati kalau lepaskan dia, dia akan jadi macam ayam atau anjing liar tadi, buat kacau, maka dengan kebenaran Menteri Keselamatan Dalam Negeri (setelah diberi bukti-bukti kukuh), boleh dilanjutkan penahanan kepada dua (2) tahun. Maklumat kukuh bahawa ayam-ayam ehh... orang tersebut boleh mengancam :-
1.Keselamatan atau Ketenteraman Awam
2.Penyelenggaraan Perkhidmatan Perlu. Contohnya perkhidmatan-perkhidmatan perlu adalah seperti empangan.....Empangan?! emphh...perlu tu. Lagi, telekom, TNB, RTM.... kerana perkara-perkara ini penting sangat buat rakyat. Kalau dijahanamkan .... nayo cek!! RTM pun masuk kerr? A'aaa.... kalau RTM di "rampas". Pengganas gunakan untuk membuat berita yang menakut-nakutkan rakyat, bukankah akan memberikan satu suasana haru biru di dalam negara?. Dia buat berita kata, Malaysia sekarang dilanda wabak selsema kuda yang orang jadi takut nak keluar rumah dan sebagainya. Tidakkah itu akan menimbulkan huru hara?.
3. Mengancam Ekonomi Negara. Macamana? ok, macam ni. Ingat lagi tak pada tahun 1997. Tahun di mana ekonomi Malaysia menjadi sangat teruk. Siapa Menteri Kewangan masa itu. Ya!!! Semua pun tahu.
KEBELAKANG PUSING!!
Ya kebelakang pusing! Ketika itu (1997) tak silap aku, Menteri Kewangan telah mengambil lima (5) pendekatan (semaklah tengok, mana tahu aku silap).
1.Naikkan kadar faedah pinjaman bank. Kiranya masa tu peniaga kecil atau sesiapa nak kahwin yang buat pinjaman bank, masyaAllah, faedahnya tinggi, berbelas peratus. Siapa yang buat pinjaman bank rakyat masa tu tahulah azabnya. Bukan 5 - 6 peratus macam sekarang.
2. Menyusun semula ekuiti bumiputera. Masa tu banyak syarikat bumiputera yang nyawa-nyawa ikan guppy hancur, terutama syarikat kecil ditelan oleh syarikat besar.
3. Syarikat yang tidak memberansangkan ditutup. Banyaknya syarikat bumiputeralah. Patutnya kalau tak memberansangkan kerajaan kena bantulah bukan tutup.
4. Kalau tak silap aku masa tu, gaji anggota awam dipotong RM10.00 atau 10%. Aku tak ingat sangat.
5. Naikkan kadar mempebaharui lesen memandu dari RM20 ke RM 50.00.
Tapi nasiblah Dr. Mahathir masa tu rombak balik dasar ini termasuk menubuhkan dana harta dan dana modal terutama membantu bumiputera yang bernafas dalam lumpur. Selain itu, diturunkan juga lesen memandu tadi kepada RM 30.00.
Inilah yang dikatakan mengancam Ekonomi Negara. Selain itu, membuat kenyataan dan suasana haru-biru yang boleh menakutkan pelabur datang juga, boleh dianggap mengancam Ekonomi Negara.
Orang-orang yang melakukan tiga (3) jenis kesalahan di atas patutlah sangat ditahan dan diberi makan telur, ayam goreng dan ikan kembung serta diberi minum air teh.
LANGKAWI
Dua (2) hari lepas aku ke Langkawi, aku jalan-jalan sekitar pulau dengan WAJA sewa. Aku tengokkan, Minah dan Mat Saleh sukahati saja jalan-jalan kat pantai chenang terutamanya. Yang pakai bra dengan seluar pendek yang sangat pendek, relak saja jalan-jalan kat Langkawi. Sedangkan di Mumbai dah kena letup.
Rasa syukur sangat pada Allah Ta'ala atas anugerah SELAMAT, AMAN, MAKMUR pada negara ini.
Kalau orang nak buat benda-benda jahat pun Alhamdulillah tak boleh buat dekat sini. Dr. Aszahari dengan Nordin Mat Top pun tak boleh cari makan di negara ini. Allah tak izin. JI, Al-Qaeda alhamdulillah Allah Ta'ala tak izinkan kacau negara ini.
Jadi, tak syukur juga ada ISA????!!!!
KESIMPULAN
Korang fikir macamana? Patutkah kita biar jerr ayam tadi, kerana dia seekor habis ayam lain bermasalah. Atau korang rasa patut kita biarkan anjing liar berkeliaran sesuka hati. anjing tu bukan buat salah pun. Tak ada siapa pun yang dia gigit. Tapi korang rasa SELAMAT, AMAN, MAKMUR ker kalau dia ada? Aku tengokkan, dengan adanya ISA ini, banyak bantuan Allah datang kerana kita beramal dengan hadis yang aku mula-mula tulis kat atas tadi. Yang aku pelik yng dorang buat protes, gila-gila punya protes ISA ni kenapa ntah? Orang bagi duduk lepak-lepak makan telur, ayam goreng dan ikan kembung pun nak protes gila-gila. Hampeh!!!!

Orang Asli

aku tertanya-tanya siapa orang asli. Mereka kata kita semua pendatang. Melayu pendatang, cina dan india pun pendatang. Maka tak adalah tuan di Negara ni. Penduduk asal katanya hanya orang asli. Aku tengok muka orang asli, aku tgk muka aku. Aku tgk muka orang lain. Peliknya aku dapati muka orang asli tak sama dengan muka orang-orang di kepulauan Melayu. 13 000 buah pulau sampai ke Madagascar termasuk Filipina dan Thailand, muka orang asli jauh berbeza dengan muka orang-orang di kepulauan Melayu. Muka orang asli kat sini lebih kurang dengan muka bushment dan blackman.
Aku pun dapatkan sedikit maklumat.... rupanya bangsa Melayu adalah penduduk asal kepulauan Melayu. Lebih 3600 tahun yang lalu. WoW! sama dgn tarikh bahtera nabi Noh a.s. Lama dah, tak kira lah Melayu kat mana dalam kepulauan Melayu, inilah rupa Melayu. Samada agama Buddha di Thailand, Kristian di Filipina, Islam di Malaysia.... inilah penduduk asal negara ini. Melayu. Inilah muka Melayu. Macam muka aku ni.

Kalau macam tu siapa pula orang asli?

Ok, orang asli kat sini adalah golongan negrito yang berhijrah dari tempat lain termasuk afrika. Mereka mengamalkan pertanian pindah, berpindah dari satu tempat ke satu tempat sampai lah ke Malaysia. Maknanya kalau orang kata kita semua pendatang, elok dikaji makna sebenar pendatang. Nabi Adam a.s pun bukannya penduduk asal bumi ni.

Kesimpulan

Kesimpulannya kalau orang kata hak samarata perlu diberi kerana Melayu pun pendatang maka ini boleh dianggap sebagai penjajahan. Melayu bina negara ini daripada hutan belantara. Berapa banyak datuk nenek aku mati dibaham haiwan liar untuk membuka negara ini selama 3600 tahun lalu. Setelah negara ini menjadi hebat, menjadi pelabuhan terkenal, menjadi negara perdagangan rempah, mat saleh datang jajah, bawa pekerja dari negara lain 200 tahun yang lalu yang merempat di negara sendiri pada ketika itu. Mereka ini kemudian dengan lantang berkata...kita sama-sama pendatang. Amboi, awak bina rumah dah 36 tahun, orang datang 2 hari dah kata master bedroom kita kena kongsi sama. Janganlah macam tu, apalagi Melayu tak korbankan. Apa lagi Melayu tak tolak ansur. Cabut keris pun dah masuk balik. Cukuplah!

masculine