Wednesday, January 27, 2010

EMPAT KEPALA BABI

Masjid Imam At-Tirmizi di Taman Seri Sentosa dan Masjid Jumkuriah
Taman Dato' Haron di Petaling Jaya

Semalam kuar dlm berita kes kepala babi diletakkan di dua buah masjid dan surau. Bagi aku ini adalah satu peringatan kepada umat Islam supaya mentaati perintah Allah dan ikut sunnah Nabi SAW.

Allah bagi jaminan kepada org Islam bahawa akan dimasukkan ketakutan di dalam hati org2 kafir jika org Islam taat pada suruhanNya dan ikut sunnah kekasihNya.

Apa yg berlaku hari ini, di dalam satu marhalah, org Islam ramai, tapi yg solat berjemaah terlalu kecil. Apabila sunnah solat berjemaah ini ditinggalkan maka Allah akan menghina org Islam.

BANI ISRAEL

Semasa 70k anak2 Bani Israel disembelih Firaun, Allah sedikitpun tidak membantu mereka kerana mereka meninggalkan ajaran Nabi mereka. Apabila mereka mengikut Musa a.s. Allah selamatkan mereka malah meraka dikurniakan makanan dari langit selama 40 tahun. Anak2 mereka lahir siap berpakaian dan pakaian itu membesar bersama mereka.

Allah telah buktikan Dia memuliakan org Islam dgn meletakkan 3/4 dunia di bawah tapakkaki org Islam di zaman sahabat r.a. apabila mereka taat. Org Islam ketika itu digeruni malah BaitulMuqaddis diambil tanpa perang.

SUNNAH NABI SAW

Hari ini, dimasjid dan surau, berapa kerat org Islam berjemaah? Azan berkumandang, org Islam masih di pasar malam. Di mana kemuliaan Islam? Nabi bagitau, "barangsiapa mendengar azan dan dia tidak dtg berjemaah (lelaki) maka dia tlh menghina sunnahKu". Hari ini berjuta org Islam menghina sunnah Nabi SAW. Maka Allah hinakan kita dgn kepala babi.

Sebelum kita menjadi seperti di Padang, masjid2 ditelan bumi. Kembalikanlah kemuliaan masjid dan surau dgn amal Masjid Nabawi dizaman para sahabat r.a. Datanglah berjemaah, luruskanlah saf.

Kita jgn marah pada org kafir kerana kalau tidak kerana untuk menjaga hati org Islam, Allah akan binakan rumah2 mereka dari batu permata di dunia. Dunia adalah penjara bagi org Islam dan syurga bagi org kafir.

Org Islam wajib berdakwah melalui akhlak yg baik. Akhlak org Islam yg baik adalah dakwah terbaik pada org kafir.

DOA MINTA BALA

Rasul SAW pernah dituang najis dan perut unta dibelakang Baginda ketika bersolat, tapi Baginda tetap mendokan hidayat pada mereka. Hari ini org Islam mendoakan bala pada Org Islam lain hanya kerana royalti minyak. Inikah org Islam? Inikan akhlak para sahabat r.a.?

Bagaimana org seperti Hindon yg memakan hati Penghulu syuhada, memotong hidung dan telinganya untuk dibuat rantai akhirnya mengucapkan kalimah Laillahaillalah? Dgn doa dan akhlak mulia org Islam.

Wahai saudaraku, jgn anggap isu kepala babi ini salah org lain. Ini salah kita. Salah kita kerana meninggalkan sunnah dan amalan masjid Nabawi. Satu2nya org yg patut kita marahkan adalah diri kita. Kita yg menyebabkan Allah menghina kita.

----WALLAHUA'LAM---

No comments:

masculine